Marlon Brando Jr. (3 April 1924 – 1 Julai 2004) merupakan pelakon, pengarah filem dan aktivis
Amerika Syarikat. Brando dikenali menerusi lakonan sebagai Terry Malloy dalam
On the Waterfront (1954) dan
Don Vito Corleone dalam
The Godfather (1972) yang melayakkan beliau menerima
Oscar. Beliau turut membintangi filem
A Streetcar Named Desire (1951),
Viva Zapata! (1952),
Julius Caesar (1953),
The Wild One (1953),
Guys and Dolls (1955),
Sayonara (1957),
Last Tango in Paris (1972), dan
Apocalypse Now (1979). Brando juga merupakan seorang
aktivis untuk beberapa perkara termasuklah
Gerakan Hak Asasi. Brando mula mendapat penghargaan dan pencalonan Anugerah Akademi untuk watak sebagai
Stanley Kowalski menerusi filem
A Streetcar Named Desire yang diadaptasi dari pementasan
Tennessee Williams yang juga dilakonkan olehnya di Broadway.
[3] Beliau menerima pujian sekali lagi menerusi watak Terry Malloy dalam On the Waterfront, dan sebagai Johnny Strabler dalam The Wild One.
[4] Brando kemudiannya menerima pencalonan Anugerah Akademi menerusi watak
Emiliano Zapata dalam Viva Zapata!;
Mark Antony dalam
Julius Caesar yang diadaptasi dari pementasan Julius Caesar oleh
Shakespeare; dan
Sayonara (1957), adaptasi dari novel
James Michener' (1954). Tahun 1960-an merupakan dekad yang tidak menjadi untuk Brando. Beliau telah mengarahkan dan membintangi filem
One-Eyed Jacks yang mendapat kritikan dan gagal menarik perhatian penonton, dan diteruskan dengan satu siri filem-filem gagal bermula dengan
Mutiny on the Bounty. Hanya selepas sepuluh tahun, semasa beliau tidak muncul dalam filem yang berjaya, beliau telah memenangi Oscar keduanya menerusi filem The Godfather sebagai Vito Corleone yang dianggap oleh pengkritik sebagai persembahannya yang terhebat. Bermula dari situ dan Last Tango in Paris yang menerima pencalonan Oscar, Brando kembali membina namanya semula sebagai bintang pecah panggung. Brando mengambil masa empat tahun untuk muncul dalam
The Missouri Breaks (1976). Selepas itu, beliau menjadi pelakon dengan watak cameo yang dibayar tinggi seperti menerusi filem
Superman (1978) dan
The Formula (1980) sebelum berehat selama sembilan tahun dari dunia perfileman. Brando telah diletakkan di tempat keempat oleh
Institut Filem Amerika Syarikat sebagai
legenda lelaki terhebat di era emas Hollywood. Pada tahun 1999, beliau turut bersama-sama dengan
Charlie Chaplin,
Ronald Reagan dan
Marilyn Monroe yang dinamakan oleh majalah
Time sebagai
100 orang paling berpengaruh abad ini.
[5] Brando meninggal dunia pada 1 Julai 2004 akibat kegagalan pernafasan di usia 80 tahun.